Friday 22 July 2016

Cara-Cara Nak Kerja di Singapura...

Cara-Cara Nak Kerja di Singapura...

Sumber: just copy and paste, bukan aku punya ...

Assalamualaikum semua... Entry kali ni aku nak share macam
mana nak kerja dekat singapore... Dah ramai sangat yang tanya
terpaksa dalam rela la aku menaip nie... Susah ke nak masuk
kerja di singapore ni ??? Ada peluang kerja kat Singapura ???
Ada kerja kosong ke di Singapo ni ??? Agak2 macam mana nak
kerja tempat orang ni... Dengar2 macam undang2 dia ketat...
Orang cakap nak kerja singapore ni kena speaking BI... Macam
susah je nak merantau cari kerja... Mesti dalam fikiran korang
terfikir2 mcm2 1001 persoalan kan... Ok jom kita mula
perjalanan kita ke singapo... hehe

Pertama sekali macam pernah aku cakap sebelum ni, semua benda
akan jadi susah kalau kita tak tahu dan tak nak amik tahu...
Susah tu memang la susah... Tapi yang susah tu la cabaran yang
akan memahat kenangan manis di ingatan kita... Macam aku dulu
first time masuk singapo memang banyak dugaan yg perlu
hadapi... Betul orang kata bukan mudah nak mencari rezeki
di perantauan ni... Banyak dugaan dan cabaran yg kita perlu
tempuhi... Apa pun semua tu aku anggap sebagai pengalaman
hidup... Bila kerja di dalam town ni memang betul2 aku
teruja... sebab apa banyak benda pelik yang aku dapat tengok
yang tak ada dekat malaysia ni... Teknologi dia, kenderaan
dia, bangunan dia dan macam2 lagi la tak dapat aku
rungkaikan... Indahnya kota singa ni tersangat best.. haha.

Sebelum masuk singapo tu make sure korang kena la tahu serba
sedikit undang2 dia... Nanti tak pasal2 kena saman kan... dah
la saman dia dalam dolar SGD...

Ok berbalik kepada isu utama kita cara nak kerja di singapo...
Sebenarnya bagi yang belum tahu ada beberapa cara kita nak
masuk kerja di singapo...

* Pertama melalui ejen yang berdaftar(cam aku)...

Bagi yang tak suka beban2, nak mudah boleh masuk kerja
di singapo melalui ejen... Kebiasaannya ejen2 ni diorang akan
iklankan jawatan kosong melalui akhbar2 tempatan kita macam
metro, utusan, berita harian dan lain lagi la... Sebelum nak
deal tu make sure korang tanya bagi faham macam mana prosedur
dia... Ada sesetengah ejen diorang dah sediakan rumah sewa
dekat singapore... Kalau takde korang kena la cari bilik sewa
dekat johor... Sewa di Jb lebih murah berbanding di singpo,
samalah jugak bab makan dan minum. Pada kebiasaannya cas untuk
menggunakan khidmat ejen ada yg murah ada yang agak mahal dlm
SGD1200 (cam aku SGD1600, tapi budak lama2 ada smpi SGD2400).
Sebulan bayar ejen lebih kurang dalam SGD 400 selama 3 bulan..
Bergantung kepada ejen dan jugak agensi diorg...

Kalau dapat yg murah, rezeki korang la kan... Untuk
pengetahuan korang tukaran duit sekarang ni SGD 1 = RM 3.

* Cara kedua melalui kawan2 yg kerja di singapo...

Melalui kaedah kedua ni senang sikit la sebab member yang
tolong rekomen kerja... Pada kebiasaannya kalau member yg
rekomen ni mudah jugak untuk dapat kerja tu... So dapat la
korang simpan duit SGD1200 tadi tu daripada nak kena bayar
ejen... kalau gaji sebulan dapat SGD 1800, kira dapat bersih
la takde nak tolak2 cukai atau kwsp dah... Cuma tolak kos
ulang alik ke tempat kerja je la... Tapi kebiasanya gaji bulan
pertama company akan bagi cek... So kena la buka akaun bank
singapore, tp sebelum buka akaun kena buat work permit dulu...
Tapi jangan risau untuk work permit company akan bayar, so
korang just pergi buat je dekat Ministry of Manpower (MOM)
singapo tu... Nanti company akan bagi surat dan alamat so kena
pandai2 la tanya member macam mana nak pergi (kat Potong
Pasir)... Lepas tu baru boleh tunaikan cek... Bila dah dapat
gaji tu jangan la lupa berterima kasih kpd kawan tu... Belanja
la dia makan dekat Stulang Laut ke... Tak pun bawak dia pergi
makan western food dekat hutan bandar tu... Dekat situ dah la
sedap harga pun murah... berbaloi2...

* Cara ketiga melalui survey sendiri...

Kalau cara ni agak susah sikit sebab tak ada orang nak tolong.
Semua kena buat sendiri... Korang boleh pergi mana2 website
company singapore cuba apply untuk jawatan kosong yang
ditawarkan... InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la kerja tu...
Tapi bila dapat panggilan interview korang kena pergi sendiri
la... Tapi tak kan nak naik motor atau kereta jalan pun tahu
lagi... Silap2 boleh langgar ERP tak pasal-pasal pulak kena
bayar saman... Kalau ada GPS lagi bagus korang redah je la...
Tapi kalau kena waktu kemuncak kastam memang tersangat2 jem...
Paling mudah naik bas dari larkin Johor sampai kastam
singapore lepas tu naik MRT... Senang cerita mudah kerja...
Tapi kalau dah tak tahu sangat mintak je staff diaorang tunggu
dekat woodland chekpoint tu... senang la skit tak payah
pening2... Atau korang masuk singapore, beli suratkhabar,
newspaper diorang, coz belambak iklan2 pekerjaan kat dalam tu.

So itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan permulaan
perjalanan cari kerja di singapo... Sebenarnya banyak lagi
pengalaman, pahit manis, kenangan yang aku sentiasa ingat
di singapo... Macam seronok bila dapat tempuh perit hidup
di tempat orang ni... Masa ni la kita dapat duga sama ada kita
boleh hidup berdikari atau tidak... lain orang lain citer...

Ok lastly, bab gaji di singapore... Sebenarnya kerja
di singapo gaji boleh tahan... Tekanan kerja pun kurang,
korang boleh buat kerja dengan rilek tak payah nak tension2...
Itu kalau kerja tak melibatkan pengurusan la... Takde istilah
keje bersepah nak kena siapkan macam kerja di pejabat... Nak
gaji lebih kerja lebih... Kalau kerja basic 8 jam je sehari
campur elaun plus2 korang boleh la dapat dalam RM3500
sebulan... Bayangkan kerja Kilang, Hotel, KFC, McD pun gaji
dah boleh cecah SGD 1500- SGD 1700... Paling2 Rm4 ribu lebih
tu dah dalam tangan dah... Dan gaji ni tak akan mati dekat
situ je, kalau rajin buat OT, gaji boleh cecah sehingga
Rm5k-6k sebulan... Yg paling best ada yg boleh cecah Rm7k
sebulan... Ok la tu kan dah mcm gaji pegawai gred 41 dah tu
kalau dkt Malaysia... Sebab tu rmai cina dan india suka kerja
singapo sebab diorang tahu boleh buat duit... Melayu pun ada
tapi purata tak berapa ramai... Bg yg ada diploma atau degree
boleh try mohon kerja ofis hour atau dlm bidang pengurusan...
Mgkin gaji lebih dari sgd2000 ke atas... Makin besar gaji
makin besar la beban dipikul...

Yang penting bukan ukuran gaji yang besar, tapi berapa banyak
yang kita boleh simpan dari duit gaji kita... Walaupun gaji
kecik tapi simpanan kita tinggi dan konsisten tiap2 bulan itu
lebih baik dari gaji besar tapi simpanan zero... Tak guna gaji
besar tapi bila lepas gaji, duit habis bayar itu bayar ini,
nak simpan pun tak sempat... Sekurang-kurangnya simpan 10%
dari duit gaji kita tapi kalau lebih lagi bagus. Kalau dah
kerja singapore tu, nak tak nak korang mesti simpan 50% duit
gaji, jangan kira nak enjoy je...

Sebaiknya nak selamat tukarkan duit simpanan tu kepada aset
seperti invest dalam property, unit trust atau tukar duit kpd
emas... Jangan lupa penting untuk kita menabung dari awal
untuk masa depan... Hartanah jugak boleh dijadikan sebagai
medium simpanan untuk pendidikan anak2... Target 1 anak 1
rumah... InsyaAllah anak2 dah besar nanti nak sambung belajar
tak perlu lagi nak buat pinjaman... Korang boleh jual rumah tu
atau buat pembiayaan semula untuk dapatkan cash... So mula
merancang dari sekarang ketika umur masih muda...

1 comment:


  1. Mohon maaf sebelumnya. terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak sm suami di tinggal di kampung. Sy sudah 5 tahun tinggal di Macau Hkg. Cuman gali lobang tutup lobang pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Togel saja, karna di dekat rumah majikan sy ada bandar nya. alhamdulillah ternyata benar2 tembus 6D dapat Hk$ 485.000 Hongkong selama 3X putarang, skrg sy bsa balik ke indo.. ya allah terima kasih rejekimu ini walaupun cuma melalui jalan Togel. siapa tau ada teman sesama TKI atau TKW yg pengen cepat merubah nasib seperti sy hubungi saja beliau di. +62 82354640471 atau 082354640471 karna sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di negri orang. semoga anda cocok sm beliau seperti sy. Trmksh...

    ReplyDelete