Tuesday 1 March 2016

@@@ Penampilanmu...

@@@ Penampilanmu...


Penampilan, tindakan dan seri wajahmu adalah tampilan dari
segala isi kandungan hatimu. Air wudukmu untuk shalat pula
adalah makeup/dandanan percuma dan tidak berbahaya, dipakaikan
/dikenakan 5 kali sehari, juga tidak akan pernah tanggal dan
luput disisi Malaikat dan Tuhanmu, bahkan ia cuma sering
luput dan tertanggal dimata peminat-peminatmu.

Makhluk bisa luput (mati/berpisah) darimu, tetapi Allah dan
Malaikatmu pasti tetap tidak luput dari sisi kehidupanmu
(semenjak kamu dalam kandungan ibumu sehingga kamu telah luput
dari dunia), lalu kamu kembali ke alam perhitungan (Yang Maha
Halus) akan segala balasannya, kekal dan tetaplah kamu
selamanya menerima ketentuanNya seadanya.

Allah berfirman dalam Surah At Tahrim,

3@ Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara
secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya.
Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang
tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan
pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur
isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari
rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang
sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya).
Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya
bertanya, “ Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan ?”
Nabi menjawab, “ Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha
Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala
perkara yang nyata dan yang tersembunyi).“

4@ Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-
isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya
hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang
menyusahkan Nabi), dan jika kamu berdua saling membantu untuk
(melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian
itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah
Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang
soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-
malaikat, juga menjadi penolongnya.

5@ Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan
menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada
kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat,
yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa,
(meliputi) yang janda dan yang anak dara.

10@ Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang
menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir
(berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak
beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu, perihal isteri Nabi
Nuh dan isteri Nabi Lut, mereka berdua berada di bawah jagaan
dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang
sewajibnya mereka berdua taati), dalam pada itu mereka berlaku
khianat kepada suami masing-masing, maka kedua-dua suami
mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan
sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan
(sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari
pembalasan), “ Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-
sama orang-orang yang masuk (ke situ).”

11@ Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang
menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin
(berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas
keadaan imannya), iaitu, perihal isteri Firaun, ketika ia
berkata, “ Wahai Tuhanku ! Binalah untukku sebuah rumah
di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan
perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku
dari kaum yang zalim.”

12@ Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu), Maryam
binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah
memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh
lelaki, tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat
anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam
kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami, dan (sekalipun
Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran
Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya, dan ia menjadi
dari orang-orang yang tetap taat.

1 comment:


  1. Mohon maaf sebelumnya. terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak sm suami di tinggal di kampung. Sy sudah 5 tahun tinggal di Macau Hkg. Cuman gali lobang tutup lobang pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Togel saja, karna di dekat rumah majikan sy ada bandar nya. alhamdulillah ternyata benar2 tembus 6D dapat Hk$ 485.000 Hongkong selama 3X putarang, skrg sy bsa balik ke indo.. ya allah terima kasih rejekimu ini walaupun cuma melalui jalan Togel. siapa tau ada teman sesama TKI atau TKW yg pengen cepat merubah nasib seperti sy hubungi saja beliau di. +62 82354640471 atau 082354640471 karna sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di negri orang. semoga anda cocok sm beliau seperti sy. Trmksh...

    ReplyDelete